• Rumah Di Kampung Masjid Tiris Musnah Dijilat Api

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Friday, 19 January 2018
    A- A+

    MIRI: Sebuah rumah di Kampung Masjid Tiris Bekenu dekat sini musnah dalam kebakaran yang berlaku sekitar jam 10.30 pagi tadi.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, rumah struktur kayu tersebut musnah keseluruhannya selain rumah bersebalahan rosak sedikit.

    Menurutnya, sejurus laporan diterima, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri dikerahkan ke lokasi kejadian.

    "Kebakaran rumah jenis struktur kekal yang terbakar 100 peratus dan rumah jiran (sebelah) rosak sedikit selepas terkena bahang api," katanya.

    Kebakaran tidak melibatkan sebarang kecederaan manakala punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.-Sarawakiana




  • No Comment to " Rumah Di Kampung Masjid Tiris Musnah Dijilat Api "