• Rompak Macam Dalam Filem

    Published: Friday, 5 January 2018
    A- A+

    Polis yakin perompak barang kemas maharaja India milik keluarga diraja Qatar yang dipamerkan di di Istana Doge, Venice, adalah pencuri profesional kerana mampu mengatasi sistem keselamatan berteknologi tinggi.

    Sepasang anting-anting dan satu kerongsang dicuri, dipercayai oleh dua lelaki pada hari terakhir pameran empat hari yang menampilkan 270 barangan antik India berusia hampir lima kurun.

    Malah, mereka mencuri barangan bernilai jutaan euro itu dari kotak pameran yang diperkukuh dalam dewan dipenuhi pengunjung selepas menggodam loceng penggera supaya lewat berbunyi.

    Polis bagaimanapun, percaya kumpulan pencuri terbabit dianggotai lebih daripada dua orang.

    Kehilangan barang kemas itu hanya diketahui beberapa jam kemudian.

    Barang kemas yang hilang itu antara koleksi Treasures of the Mughals and the Maharajas yang dimiliki Sheikh Hamad Abdullah Al Thani.-AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Rompak Macam Dalam Filem "