• Rombakan Kabinet Indonesia hari ini

    Published: Wednesday, 17 January 2018
    A- A+

    JAKARTA: Presiden Joko 'Jokowi' Widodo melakukan rombakan Kabinet hari ini, yang ketiga dalam tempoh lima tahun pentadbirannya, kata istana presiden.

    Rombakan memang dijangka ketika sebahagian menteri memohon untuk tidak hadir kerana bertanding pada pilihan raya wilayah, akhir tahun ini.

    Istana tidak mengesahkan menteri yang bakal digantikan dan oleh siapa, tetapi Menteri Hal Ehwal Sosial bertanding pada pilihan raya di Jawa Timur dan Menteri Perindustrian baru-baru ini dilantik mengetuai Golkar.

    Kedua-duanya dijangka digantikan.

    Pilihan raya perundangan dan presiden akan diadakan pada 2019. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Rombakan Kabinet Indonesia hari ini "