• RM600,000 Diperuntukkan Atasi Banjir Di Piasau

    Published: Wednesday, 10 January 2018
    A- A+

    MIRI: Projek yang bernilai hampir RM600,000 yang dilaksanakan bagi mengatasi kejadian banjir kilat yang kerap berlaku terutamanya di Piasau dijangka akan siap sepenuhnya sebelum Tahun Baru Cina yang akan datang.

    Memetik laporan Utusan Borneo, projek menaik taraf sistem perparitan sepanjang 560 meter sudah siap 75 peratus dan dijangka selesai sepenuhnya pada 31 Januari ini di Kampung Luak dan VC Chong Garden yang bermula sejak 5 September lalu dijadualkan siap pada 4 Januari lalu.

    Disebabkan pemindahan lampu jalan oleh Sarawak Energy Berhad (SEB), menyebabkan projek tersebut tertangguh.

    Datuk Bandar Miri Adam Yii berkata, projek melebarkan jalan di Jalan Luak Bay yang bernilai RM870,000 sepanjang 920 meter dimulakan pada 2 Oktober lalu dan dijadualkan siap pada 1 Disember, namun kerana isu sama, projek tersebut turut tertangguh.

    “Setakat ini, MBM terus mengadakan perbincangan dengan SEB untuk melancarkan projek agar ia dapat disiapkan lebih awal,” katanya.-Sarawakiana
  • No Comment to " RM600,000 Diperuntukkan Atasi Banjir Di Piasau "