• Ribut Petir Di Perairan Selangor Dan Sarawak

    Published: Friday, 19 January 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di perairan Selangor, Negeri Sembilan dan Sarawak (Bintulu dan Miri) yang dijangka berterusan sehingga pagi ini.

    Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter serta berbahaya kepada bot-bot kecil.

    Ribut petir juga diramalkan berlaku di perairan Selat Melaka, Condore dan Selatan Reef, berterusan dalam tempoh yang sama.

    Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter serta berbahaya kepada bot-bot kecil. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Ribut Petir Di Perairan Selangor Dan Sarawak "