• RELA Berperanan Jadi Benteng Perpaduan

    Published: Saturday, 13 January 2018
    A- A+

    KUCHING: Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) digesa untuk terus memainkan peranan di peringkat akar umbi sebagai benteng perpaduan negara.

    Pesuruhjaya RELA Kehormat Dato Sri Syed Hamzah Syed Paie berkata, usaha tersebut boleh dijayakan menerusi penglibatan dalam program berbentuk sosial dan kebajikan.

    "Anggota RELA perlu terus memainkan peranan di peringkat akar umbi selaku benteng perpaduan," katanya ketika merasmikan Pertandingan Badminton Tertutup Kampung Goebilt di Dewan Masyarakat Kampung Goebilt petang tadi.

    Menurutnya, kepimpinan RELA peringkat kampung juga perlu menggalakkan penyertaan belia dalam dalam setiap program dan menambah keahlian.

    "Ia bagi memastikan kesinambungan legasi usaha dan pergerakan RELA terus relevan di peringkat akar umbi," ujarnya yang juga Setiausaha Politik Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

    Hadir sama Pegawai RELA Bahagian Kuching Utara, Penolong Pesuruhjaya Sobri Hamdi.-Sarawakiana

  • No Comment to " RELA Berperanan Jadi Benteng Perpaduan "