• Rawatan 'Memutihkan Anu' Dapat Sambutan

    Published: Thursday, 4 January 2018
    A- A+

    Perkhidmatan mencerahkan zakar yang disediakan sebuah klinik di Bangkok, Thailand, mendapat sambutan hangat dengan 100 pelanggan mendapatkan rawatan itu setiap bulan.

    Rawatan itu dimulakan Lelux Hospital yang sebelum ini terkenal dengan rawatan mencerahkan kulit, mula menawarkan rawatan yang sama untuk bahagian kelengkang lelaki enam bulan lalu, selepas seorang pelanggan mengadu kelengkangnya hitam.

    Pengurus Jabatan Kulit dan Laser hospital terbabit, Bunthita Wattanasiri, berkata ramai yang bertanya mengenai rawatan mencerahkan bahagian kelengkang.

    “Kami menerima kira-kira 100 pelanggan sebulan atau tiga hingga empat pelanggan sehari,” katanya.

    Prosedur itu menggunakan proses pemutihan laser, tersebar luas melalui media sosial dan berita televisyen hari ini, selepas hospital itu menyiarkan gambar seorang lelaki menjalani rawatan.

    “Kami perlu berhari-hari kerana ia membabitkan bahagian tubuh yang sensitif,” kata Bunthita.

    Menurutnya, sebahagian besar pelanggan yang berusia antara 22 hingga 55 tahun, adalah dari golongan LGB.

    Kos untuk rawatan itu ialah $650 (RM2,606) bagi lima sesi.

    Hospital berkenaan mencetuskan kontroversi tahun lalu, apabila menawarkan rawatan digelar ‘3D Vagina’ yang menggunakan ‘lemak’ pelanggan bagi membentuk alat sulit wanita lebih ‘menarik’.-AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Rawatan 'Memutihkan Anu' Dapat Sambutan "