• Rakyat UK Makan 11.5 Bilion Sandwich Setiap Tahun

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Friday, 26 January 2018
    A- A+
    LONDON : Jumlah sandwich dimakan penduduk Britain setiap tahun menghasilkan kadar karbon dioksida yang sama dikeluarkan lebih lapan juta kenderaan di negara ini.

    Menurut satu kajian yang diterbitkan hari ini, jumlah sandwich dimakan penduduk Britain mencecah 11.5 bilion setiap tahun, separuh darinya dibuat sendiri di rumah manakala bakinya dibeli di kedai.

    Kajian oleh Persatuan Sandwich Britain (BSA) itu juga mendapati, jumlah tahunan itu menghasilkan 9.5 juta tan karbon dioksida dan menyamai penggunaan 8.6 juta kereta.

    Penerbit berkenaan, Profesor Adisa Azapagic dari Universiti Manchester berkata, kajian itu membabitkan ujian sisa karbon ke atas 40 jenis kandungan sandwich.

    "Sandwich yang menggunakan bahan seperti daging khinzir menghasilkan sisa karbon terbanyak, diikuti sandwich yang menggunakan kandungan seperti keju atau udang.

    "Kandungan karbon tertinggi pula ditemui pada sandwich yang berkonsepkan 'sarapan sepanjang hari' terdiri daripada telur, daging khinzir hiris dan sosej," katanya.

    Penghasilan sandwich di bawah konsep itu katanya, menghasilkan 1,441 gram karbon dioksida bersamaan jumlah dihasilkan oleh kereta yang melakukan perjalanan sejauh 19 kilometer. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Rakyat UK Makan 11.5 Bilion Sandwich Setiap Tahun "