• Rakyat Sarawak Pasti Akan Tolak Manifesto Pembangkang

    Published: Thursday, 18 January 2018
    A- A+

    Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Dato Sri Dr Stephen Rundi percaya rakyat Sarawak tidak berminat dengan manifesto yang dirangka oleh Pakatan Harapan (PH) sekiranya mereka membentuk kerajaan persekutusan selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

    Memetik laporan The Borneo Post, Rundi turut mempersoalkan kemampuan PH dalam melaksanakan kesemua manifesto yang dicadangkan dalam tempoh lima tahun akan datang.

    "Kami di Sarawak menyedari perjuangan PH dengan semua watak dan personaliti yang terlibat, saya percaya ia juga tidak akan menarik minat kebanyakan rakyat Sarawak lebih-lebih lagi dengan pengerusi yang dikitar semula, diberikan jawatan perdana menteri selama 22 tahun namun gagal untuk membangunkan negeri ini mengikut jangkaan kami,"

    "Sudah tentu, manifesto yang dipersoalkan, bagaimana mereka boleh melakukannya dalam lima tahun akan datang?" tegas Rundi.

    PH Sarawak akan melancarkan Manifesto Pakatan Harapan Bahagian II pada 20 Januari dimana pada Manifesto (Bahagian I) Pakatan Harapan menawarkan devolusi kuasa untuk sektor Pendidikan dan Kesihatan, mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) mewakili Sabah dan Sarawak, menghadkan tempoh jawatan Ketua Menteri kepada dua penggal dan dan meningkatkan royalti minyak negeri Borneo itu kepada 20% berbanding hanya 5% sekarang. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Rakyat Sarawak Pasti Akan Tolak Manifesto Pembangkang "