• Rakan Disangka Babi Hutan

    Published: Friday, 19 January 2018
    A- A+

    Akibat disangka babi hutan, petani meninggal dunia selepas dipercayai ditembak rakan yang berburu di kawasan hutan Kampung Kauran, Kemabong, Tenom, semalam.

    Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, mangsa, Amit Bies, 89, dari Kampung Kauran, Kemabong ditemui dalam keadaan terlentang dengan lima kesan tembakan di tubuhnya di dalam hutan berkenaan.

    Ketua Polis Daerah Tenom Deputi Superintendan Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata, sebelum kejadian, suspek berusia 34 tahun itu keluar seorang diri dari rumahnya di Kampung Kemabong Lama, kira-kira jam 11 pagi.

    Difahamkan, lelaki itu membawa senjata api untuk berburu di kawasan hutan berkenaan.

    Katanya, kira-kira 12 tengah hari, suspek mendakwa terlihat babi hutan dalam jarak 15 meter (m).

    Menurutnya, suspek melepaskan satu das tembakan, sebelum mendengar suara seseorang menjerit.

    "Dia kemudian mendapati seorang lelaki dikenalinya terkena tembakan.

    "Lelaki itu yang terkejut kemudian memberitahu kejadian itu kepada abang iparnya sebelum kedua-duanya kembali ke tempat kejadian," katanya ketika dihubungi, hari ini

    Beliau berkata, suspek daan abang iparnya kemudian menemui mayat mangsa di satu lokasi di dalam hutan itu.

    Selain itu, mereka turut menemui senjata api buatan sendiri jenis bakakuk yang dipercayai dibuang suspek, selepas kejadian.

    "Susulan kejadian, lelaki itu ditemani oleh iparnya membuat laporan di Balai Polis Tenom," katanya.

    Mohd Firdaus berkata, susulan kejadian, sepasukan polis pergi ke hutan itu sebelum menemui mayat mangsa.

    "Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tenom untuk bedah siasat.

    Beliau berkata, pihaknya turut merampas dua senjata api, masing-masing Bakukk dan Steven.

    "Suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Rakan Disangka Babi Hutan "