• Rahsia Nenek 104 Tahun

    Published: Sunday, 7 January 2018
    A- A+

    MICHIGAN: Seorang nenek yang baru menyambut ulang tahun kelahirannya ke-104 mendedahkan rahsianya hidup lama iaitu dengan meminum Diet Coke setiap hari.

    Theresa Rowley yang menetap di Grand Rapids, Michigan memberitahu laman WZZM, setiap hari dia minum sekurang-kurangnya satu tin minuman kegemarannya itu.

    “Saya minum kerana saya suka. Saya akan membeli-belah setiap Rabu dan saya perlukan lebih banyak Diet Coke.

    “Saya mempunyai beg yang penuh dengan tin kosong Diet Coke yang perlu dipulangkan untuk membolehkan saya membeli lebih banyak Diet Coke,” katanya.

    Rowley yang tinggal di rumah penjagaan orang tua, Sentinel Pointe Retirement sejak berusia 89 tahun berkata, sukar untuk dirinya percaya usianya sepanjang itu.

    “Saya kagum saya berusia 104. Tidak sepatutnya saya setua ini,” kata Rowley yang lahir di Illinois sebelum berpindah ke North Dakota dan kemudian menetap di Michigan.

    Pada 1 Januari lalu, Theresa meraikan ulang tahun kelahirannya bersama rakan-rakan di rumah orang tua dengan kek dan sudah pastinya Diet Coke.

    Dia dipercayai mula minum Diet Coke sejak berusia 68 ketika minuman itu mula-mula diperkenalkan pada 1982.

    “Ketika saya berusia 100, saya tidak terfikir saya akan hidup hingga berusia 104, saya ingat saya akan meninggal dunia ketika itu tetapi ia tidak berlaku.

    “Kemudian usia saya mencecah 101, tiada apa berlaku. Hari ini saya berusia 104 dan masih tidak ada apa-apa yang berlaku,” katanya.

    Bagaimanapun, saintis tidak bersetuju bahawa minuman kegemaran wanita itu memberi kesan kepada usianya yang panjang.

    Hasil kajian mencadangkan wujud hubung kait antara minuman kalori rendah dengan risiko kesihatan.-Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Rahsia Nenek 104 Tahun "