• Puncak Borneo Kerusi Majoriti Bidayuh 'Kelabu' Buat BN

    Published: Monday, 8 January 2018
    A- A+

    Jika dilihat kepada keputusan Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) lalu, Barisan Nasional (BN) menang bergaya di tiga kerusi parlimen majoriti Bidayuh merangkumi Puncak Borneo (Mambong sebelum ini), Serian dan Mas Gading.

    Namun pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kawasan Parlimen Puncak Borneo dilihat sedikit 'goyang' sehinggakan penganalisis politik Dr Ahi Sahok menanggap kerusi terbabit sebagai kelabu.

    Memetik laporan The Borneo Post, Ahi berpendapat BN boleh mengekalkan kerusi majoriti Bidayuh pada PRU14 namun berkemungkinan bakal kehilangan Puncak Borneo.

    Walaupun Puncak Borneo diakui kubu kuat BN, beliau melahirkan kebimbangan peluang untuk BN tipis kali ini.

    Tambahnya, terdapat beberapa masalah berlaku di kawasan tersebut termasuk kekecewaan ahli BN terhadap individu yang dipiliih sebagai calon.

    "BN akan berdepan tugas sukar, bukan kerana pembangkang semakin kuat tetapi berlaku sabotaj dan pertelingkahan dalaman.

    "Jika BN tidak berhati-hati memilih calon, beberapa elemen 'tikam belakang' dan sabotaj akan menyebabkan BN kalah di Puncak Boneo," katanya.

    Sementara itu, Ahi menjelaskan, BN pula dilihat tidak berdepan masalah untuk mempertahankan Mas Gading dan Serian.-Sarawakiana




    Subjects:

  • No Comment to " Puncak Borneo Kerusi Majoriti Bidayuh 'Kelabu' Buat BN "