• PRS Harap Calon Wanita Dipersetujui BN

    Published: Thursday, 25 January 2018
    A- A+

    Parti Rakyat Sarawak (PRS) berhasrat untuk meletakkan calon wanita yang pertama bagi bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Umum (PRU14) akan datang.

    Memetik laporan The Borneo Post, Presidennya Tan Sri Datuk Amar Dr James Masing bagaimanapun masih belum mendedahkan siapa calon wanita berkenaan dan tidak mendedahkan kerusi mana yang akan dipertandingkan.

    Masing turut mengesahkan calon wanita PRS telah dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan berharap pengerusi BN itu meluluskan keputusan parti untuk mencalonkan seorang wanita.

    "Mudah-mudahan Perdana Menteri akan memahami bahawa kita mengikuti gesaannya supaya lebih ramai wanita diberi kuasa terutamanya dalam pengurusan atasan," katanya.

    Mengenai jentera PRS, Masing berkata partinya sudah bersedia sepenuhnya untuk pertempuran yang akan datang. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " PRS Harap Calon Wanita Dipersetujui BN "