• Projek Projek Ajaib “Developer Action Party” Di Pulau Pinang

    Published: Friday, 26 January 2018
    A- A+
    Memang layak DAP digelar sebagai “Developer Action Party”. Banyak silap mata yang berlaku dalam projek projek di bawah kerajaan DAP Pulau Pinang.

    Bila disiasat dan kantoi maka dituduh sebagai serangan politik dan diajak pula wartawan minum kopi. Serangan politik apa jika apa yang hasil siasatan itu punyai bukti dan dokumen yang kukuh bahawa terdapat penyelewengan dan rasuah.

    Bukan satu dua projek yang dibuat oleh “Developer Action Party” yang telah terbukti ada ‘silap mata” tetapi banyak. Nilainya pula tujuh angka ke atas, bukannya sekupang dua yang hilang.

    Buat laluan basikal berharga RM2.4 juta untuk satu kilometer. Kos RM30 juta untuk laluan basikal sejauh 12.5 kilometer. DBKL buat laluan basikal hanya bernilai RM127,000 untuk satu kilometer.

    Kalau ikut kos DBKL, untuk 12.5 kilometer hanya melibatkan kos bernilai RM1.58 juta sahaja. Boleh jimat RM28.42 juta. Mengapa kos basikal “Developer Action Party” mahal sangat? RM28.42 juta ini komisyen untuk DAP kah?

    Cadang hendak buat LRT bernilai RM24 billion yang harganya lebih mahal dari MRT. Kos projek MRT sejauh 51 kilometer, siap dengan laluan bawah tanah dan stesyen hanya bernilai RM21 billion. Jimat lagi RM2 billion daripada anggaran asal.

    Namun di Pulau Pinang, “Developer Action Party’ cadang buat LRT sahaja, bukannya MRT. Kosnya bernilai RM24 billion untuk 30 kilometer sahaja. Satu kilometer kosnya RM800 juta. Mahal sangat berbanding MRT yang ada stesyen dan laluan bawah tanah hanya berkos RM411 juta satu kilometer.

    Oleh kerana itulah Norlela Ariffin, ADUN PKR Penanti cakap mengapa tidak buat MRT sahaja berbanding buat LRT. Lim Guan Eng dan kerajaan DAP tidak boleh jawab. Musykil sungguh, orang Penang kata “awat yang mahai sangat?” Duit itu DAP ‘kedarah’ masuk poket ‘depa’ kah?

    Buat kajian kos terowong yang berkali ganda mahal dan kemudian kantoi pula hilang RM236 juta. Kajian kos terowong yang sama di Quebec City, Kanada hanya berkos RM429,645 untuk 7.8 kilometer. Keseluruhan kos terowong “Smart Tunnel” di Kuala Lumpur hanya berjumlah RM1.93 billion sahaja.

    Terowong yang mahu dibuat oleh Guan Eng di dasar laut hanya sepanjang 6.5 kilometer, namun kosnya mencecah RM4.63 billion. Jabatan Kerja Raya boleh buat kajian dengan kos yang lebih murah. Namun mengapa Guan Eng pakai syarikat swasta dan bayar RM305 juta. Kos asal hanya RM70 ke RM80 juta sahaja. Boleh jimat RM235 juta.

    Jumlah boleh dijimatkan ini sama dengan jumlah duit kajian kos terowong yang dipercayai hilang sebanyak RM235.7 juta bila semua dokumen kajian disemak dan diteliti oleh SPRM. Hilang ke mana wang sejumlah RM235.7 juta ini?

    Bila beli rumah banglo Pinhorn pandai pula Guan Eng berjimat. Beli rumah banglo di bawah harga pasaran daripada proksi sendiri. Harga pasaran semasa banglo adalah RM6.5 juta. Guan Eng beli hanya dengan harga RM2.8 juta sahaja. Jimat RM3.7 juta. Pandai pula berjimat bila beli banglo sendiri.

    Di Taman Manggis, tanah yang sepatunya dibina rumah untuk rakyat ditukar status tanah untuk buat projek komersial. Phang Li Khoon, proksi Guan Eng dipercayai dapat untung atas angin sampai RM59 juta, Guan Eng dapat jimat RM2.8 juta. Ini cara “Developer Action Party” berjimat di Pulau Pinang.

    Mengapa semasa Guan Eng dan kerajaan ‘Developer Action Party’ buat projek projek di Pulau Pinang segalanya menjadi mahal berkali kali ganda?  Apakah “kawtim” cara “minum kopi” seperti projek Banglo Pinhorn-Taman Manggis ini terjadi pada semua projek projek di Pulau Pinang?

    Semasa buat belanjawan alternatif 2018, bukan main lagi pembangkang hendak berjimat sampai RM20 billion di Jabatan Perdana Menteri. Hendak buang penjawat awam dan tutup kementerian. Hakikatnya, itu semua “poyo’ sahaja. Masa mereka jadi kerajaan di Pulau Pinang, sekupang pun mereka tidak jimat.

    Penang Institute boleh buat kajian mahu buang penjawat awam di Putrajaya. Penang Institute  yang diberi bajet sampai berjuta juta oleh Guan Eng mengapa tidak buat kajian mengenai semua kos projek Guan Eng ini? Buat kajian untuk berjimat. Mungkin Penang Institute tidak pandai, Guan Eng kena upah syarikat fesyen baru boleh dapat kajian yang menjimatkan.

    Banyak lagi projek yang mahu dibuat oleh Guan Eng ketika dalam Bajet 2018 iaitu Daerah Seni bernilai RM30 juta, kompleks sukan bernilai RM100 juta di Pulau Jerjak, stadium hoki di Bukit Mertajam bernilai RM7 juta. Semua projek ini kalau tidak diteliti dan disemak, sudah tentu menelan kos berkali ganda daripada kos asal.

    Di Pulau Pinang pula, inilah cara kerajaan “Developer Action Party, DAP”  melaksanakan projek projek ajaib. Hanya mementingkan projek pembinaan rumah mewah di lereng lereng bukit sahaja. Kampung rakyat pupus, naiklah kondo dan rumah mewah yang hanya jadi rumah mampu tengok bagi rakyat biasa.

    Bagaimana hendak hentikan kegilaan dan kerakusan kerajaan korup “Developer Action Party’ ini?. Rakyat Pulau Pinang boleh menghalangnya. Jangan undi lagi DAP dalam PRU14. Ajar mereka atas kertas undi. Inilah masanya untuk berubah.


    Tulisan :
    Beruang Biru
    BB755, Jumaat
    26 Januari 2018

    Subjects:

  • No Comment to " Projek Projek Ajaib “Developer Action Party” Di Pulau Pinang "