• Program Yang Dekat Dihati Rakyat Akan Dibuat Secara Berterusan - Fadillah

    Published: Sunday, 7 January 2018
    A- A+
    KUCHING: Program-program anjuran akar umbi yang dekat dihati rakyat serta berupaya mengeratkan hubungan pemimpin dengan rakyat pelbagai kaum dan agama seharusnya dibuat secara berterusan, kata Menteri Kerja Raya Dato Sri Fadillah Yusof

    Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Petra Jaya memuji langkah pihak penganjur Program Belia dan Komuniti Bersama Pemimpin, anjuran Parti Pesaka Bumiputeras Bersatu (PBB) Ranting Taman Yen Yen - Lee Ling - dengan kerjasama Surau Al Ansar Yen Yen, Kelab  Rekerasi/KRT Taman Yen Yen Leeling Sri Matang dan Polis Kominiti Taman Won. di sini, hari ini.

    Menurutnya, program seumpama itu merupakan contoh terbaik dalam mengeratkan hubungan antara golongan belia, komuniti setempat dengan pemimpin.

    “Dengan adanya program seperti ini ianya akan membolehkan belia dan komuniti yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama saling berkomunikasi serta mengenali.

    ”Kita menyokong serta berharap program yang dekat dengan hati rakyat akan dibuat secara berterusan termasuk ditempat lain," katanya.

    Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N6 Tupong Fazzrudin Abdul Rahman yang dihadir pada program yang sama melahirkan kegembiraan terhadap program berkenaan yang dianggapnya sebagai berjaya.

    "Saya gembira melihat program seperti ini dianjurkan, kerana membuka ruang kepada belia, komuniti setempat bersama pemimpin berinteraksi dalam suasana santai,“ ujarnya

    Terdahulu Fadillah dan Fazzrudin bersama-sama masyarakat setempat menyertai senaman Tai Chi dan pemeriksaan kesihatan sebelum bergerak menyampaikan bantuan komuniti.

    Pengerusi penganjur merangkap Ketua Ranting PBB Taman Yen Yen Fahzmie Rahman berkata, objektif penganjuran program tersebut adalah untuk merapatkan jurang komunikasi serta hubungan antara belia dan komuniti dari pelbagai peringkat umur.

    Menurutnya, program itu juga sengaja disusun untuk membolehkan ianya disertai masyarakat pelbagai kaum dan agama serta peringkat usia.

    “Selain senaman Tai Chi, Sukan rakyat, Pemeriksaan kesihatan percuma, Pertandingan Futsal dan Bantuan komuniti, program ini juga memfokus kepada kempen kesedaran terhadap bahaya gejala dadah.

    “Sementara sebelah malam penyampaian insentif untuk pelajar cemerlang “ jelasnya. – Sarawakiana
  • No Comment to " Program Yang Dekat Dihati Rakyat Akan Dibuat Secara Berterusan - Fadillah "