• Polis Tahan Lelaki Sorok Syabu Dalam Stokin Di Miri

    Published: Wednesday, 31 January 2018
    A- A+

    MIRI: Polis Miri menahan seorang lelaki berusia 35 tahun berasal dari Sibu berhampiran rumah pekerja ladang di Lapok, Bakong dekat sini kelmarin.

    Lelaki berkenaan ditahan sekitar jam 9.30 pagi selepas tindakannya menyembunyikan dadah di dalam stokin yang dipakai berjaya dihidu pihak polis.

    Ketua Polis Daerah (KPD) Baram, ASP Gabriel Risut yang mengesahkan kejadian tersebut berkata, lelaki berkenaan ditahan selepas pihaknya merampas bungkusan kecil ketulan kristal berjumlah RM750 seberat 3.40 gram yang disembunyikan dalam stoking tersebut.

    "Hasil pemeriksaan lanjut keatas suspek dan kenderaan pacuan empat roda miliknya menemui satu bungkusan kotak rokok mengandungi 14 paket bungkusan kecil ketulan kristal seberat 10.50 gram dengan nilai RM2,100." katanya.

    Suspek yang kini ditahan reman akan disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 12(2), akta yang sama.-Sarawakiana
  • No Comment to " Polis Tahan Lelaki Sorok Syabu Dalam Stokin Di Miri "