• Polis Thailand Tangkap 2 Rakyat Israel Disyaki Pembunuh

    Published: Monday, 22 January 2018
    A- A+


    BANGKOK - Dua lelaki warganegara Israel ditangkap di Lapangan Terbang Don Mueang hari ini kerana disyaki melakukan pembunuhan ala gengster terhadap seorang lelaki senegara mereka di Koh Samui pada Ahad lepas.

    Penangkapan Dolev Zuarez, 24, dad Eyal Bokal, 26, mengakhiri operasi memburu besar-besaran yang dilancarkan pihak berkuasa Thailand berikutan pembunuhan Maor Malil, 34, yang dirakam kamera litar tertutup berhampiran tempat kejadian.


    Polis mengesahkan penangkapan dua lelaki itu di lapangan terbang berkenaan pagi ini, lapor media tempatan, yang turut mendakwa bahawa pembunuhan itu adalah susulan konflik antara suspek dan mangsa.


    Media tempatan juga melaporkan bahawa dua lelaki berkenaan adalah anggota geng Mafia yang telah menjejaki Maor dari Israel. - Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Polis Thailand Tangkap 2 Rakyat Israel Disyaki Pembunuh "