• Polis Tahan Suspek Utama Kes Pecah Rumah Di Bintulu

    Reporter: Yusz Man
    Published: Thursday, 11 January 2018
    A- A+

    BINTULU: Seorang lelaki berjaya ditahan sepasukan polis disyaki suspek utama terlibat dalam kes pecah rumah di bandar ini pada bulan lalu.

    Suspek yang berusia 26 tahun ditahan di sebuah rumah di Kampung Sebiew sekitar jam 10 pagi semalam.

    Ketua Polis Daerah Bintulu Supt Zulkipli Suhaili hari ini mengesahkan penahanan tersebut dan  berkata penahanan suspek adalah berikutan daripada hasil maklumat risikan yang dijalankan pihaknya.

    “Hasil siasatan ke atas suspek, suspek mengakui telah menggadai kesemua barang kemas hasil curi bernilai RM3430 di sebuah premis pajak gadai di pusat bandar.

    "Sebaik pendedahan mengenai gadaian barang kemas hasil curi digadai di premis tersebut, sepasukan anggota polis terus melakukan serbuan dan berjaya menemui semula barangan kemas yang disyaki dijual di situ,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

    Dalam pada itu, Zulkipli berkata kini pihaknya sedang mengenal pasti hubungan diantara suspek dan pemilik premis tersebut.

    Suspek yang kini ditahan reman selama lima hari untuk menjalani siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah rumah.-Sarawakiana
  • No Comment to " Polis Tahan Suspek Utama Kes Pecah Rumah Di Bintulu "