• Polis Samarahan Buru 4 Lelaki Lempar Bom Petrol

    Published: Thursday, 18 January 2018
    A- A+


    KOTA SAMARAHAN: Polis kini memburu empat lelaki yang sengaja membuat percubaan membakar sebuah stesen minyak dengan melemparkan bom petrol dekat sini tengah malam semalam.

    Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintendan Lee Chong Chern ketika dihubungi berkata pihaknya menerima laporan berkaitan insiden berkenaan sekitar jam 11 pagi semalam dan mengerahkan anggota menjejak suspek-suspek yang terlibat.

    Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 12 tengah malam semalam sebuah pam di stesen minyak yang terletak di Jalan Kuching- Samarahan telah terbakar sebanyak sepuluh peratus dan tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa selepas tindakan pantas pekerja stesen minyak berkenaan memadamkan kebakaran tersebut.

  • No Comment to " Polis Samarahan Buru 4 Lelaki Lempar Bom Petrol "