• Polis rampas syabu bernilai RM6.3 juta, beku akaun bank RM0.5 juta

    Published: Monday, 22 January 2018
    A- A+
    PULAU PINANG 22 Jan. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya merampas dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM6.3 juta dalam satu operasi di Kota Permai, Bukit Mertajam di sini pada Jumaat lepas.

    Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, kesemua dadah seberat 90 kilogram itu dirampas di sebuah rumah yang disewa suspek berusia 31 tahun rakyat tempatan.

    Susulan itu katanya, polis menahan seorang rakan suspek berusia 41 tahun di Pulau Tikus di sini.

    “Polis turut mendapat perintah membeku akaun bank berjumlah RM500,000 yang dipercayai mempunyai kaitan dengan suspek, “ katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


    Subjects:

  • No Comment to " Polis rampas syabu bernilai RM6.3 juta, beku akaun bank RM0.5 juta "