• Polis Mukah Tahan Lelaki Edar Nospan

    Reporter: Yusz Man
    Published: Tuesday, 23 January 2018
    A- A+


    MUKAH: Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan di tempat letak kereta berhampiran sebuah hotel dekat sini petang semalam.

    Suspek ditahan sekitar jam 3 petang semalam ketika ditemui pihak polis dalam keadaan mencurigakan sebelum bertindak melakukan pemeriksaan ke atas suspek.

    Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Jimmy Panyau ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut berkata, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik telah menahan lelaki tersebut dan merampas sebanyak 704 biji pil palang berwarna putih disyaki pil Nospan.

    Menurutnya, hasil siasatan awal keatas suspek mendapati keputusan ujian saringan air kencing adalah negatif.

    “Walaupun ujian saringan air kencing negatif namun pihak kami percaya suspek berhasrat untuk menjual pil tersebut berdasarkan jumlah yang dirampas.

    “Oleh yang demikian, pihak kami akan menjalani siasatan terperinci dari mana suspek memperolehi bekalan bahan terlarang tersebut.” katanya.

    Sehingga berita ini ditulis suspek kini ditahan reman selama tiga hari untuk membantu siasatan lanjut dan kes kini disiasat dibawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.-Sarawakiana


  • No Comment to " Polis Mukah Tahan Lelaki Edar Nospan "