• Polis Limbang Tahan Lelaki Jual Dadah

    Published: Friday, 26 January 2018
    A- A+

    LIMBANG: Seorang lelaki berusia 43 tahun ditahan dipercayai sedang menunggu pelanggan di sebuah bengkel kereta di kawasan Batu TigaJalan Pandaruan pagi semalam.

    Tindakan lelaki tersebut berjaya dihidu pihak polis dari Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang.

    Ketua Polis Daerah Limbang Supt Mohd Bukhori Saffai dalam satu kenyataan berkata, lelaki yang berasal dari Kampung Pahlawan ditahan bersama dadah jenis bernilai RM3,500.00 dengan berat 25.6 gram.

    Menurutnya, hasil ujian saringan air kencing ke atas suspek mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine.

    “Hasil pemeriksaan ke atas suspek berjaya menemui syabu yang disorokkan di dalam satu bekas rokok aluminium yang berisi satu paket plastik lutsinar berisi ketulan kristal syabu dijumpai dikerusi penumpang bersebelahan suspek dan hasil siasatan awal suspek mengakui memiliki dadah yang diperolehi dari negara jiran” katanya.

    Suspek kini direman bagi menjalani siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.-Sarawakiana
  • No Comment to " Polis Limbang Tahan Lelaki Jual Dadah "