• Polis Buru Pemilik Facebook Fitnah Tun Abdul Taib

    Reporter: Admin
    Published: Friday, 12 January 2018
    A- A+

    KUCHING: Polis sedang menjejak dan memburu dua pemilik akaun Facebook disyaki memfitnah Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dengan memuatnaik surat palsu.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar mengesahkan pihaknya telah menerima laporan polis terhadap status Facebook milik dua individu.

    Menurutnya, setakat jam 10.00 malam ini, polis telah menerima sebanyak dua laporan masing-masing di Miri dan Kuching.

    "Siasatan telah dijalankan, polis sedang mengesan dua individu yang dipercayai pemilik akuan tersebut," katanya

    Beliau berkata, kes itu disiasat sebagai fitnah di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. - Sarawakiana
  • No Comment to " Polis Buru Pemilik Facebook Fitnah Tun Abdul Taib "