• Polis Bintulu Tahan Dua Suspek Kes Curi Kereta

    Published: Monday, 22 January 2018
    A- A+


    BINTULU: Polis Bintulu berjaya menahan dua lelaki disyaki terlibat dalam kes curi kereta yang bergerak aktif sejak tahun lalu di sekitar bandar ini awal pagi tadi.

    Kedua-dua suspek berkenaan ditahan sekitar jam 4.30 pagi tadi dalam satu sekatan jalan raya di Batu 11, Jalan Bintulu- Miri.

    Ketua Polis Daerah Bintulu, Supt Zulkipli Suhali memberitahu yang mengesahkan penahan tersebut berkata, pihaknya telah menahan sebuah kereta pacuan empat roda yang dipandu suspek sebelum menjalani pemeriksaan lanjut dan mendapati kereta terbabit menggunakan nombor pendaftaran palsu.

    Menurutnya kereta tersebut telah dilaporkan hilang di Batu Niah pada tahun 2016.

    Sehingga berita ini ditulis, kes tersebut kini dalam siasatan mengikut Seksyen 379 A Kanun Keseksaan.-Sarawakiana
  • No Comment to " Polis Bintulu Tahan Dua Suspek Kes Curi Kereta "