• Polis bantuan jumpa janin perempuan

    Published: Thursday, 25 January 2018
    A- A+


    KLANG - Seorang polis bantuan di sini terkejut selepas menemui satu mayat janin perempuan cukup sifat berusia lingkungan enam bulan berdekatan Jeti 7 Asia Niaga Barter Trade, Pelabuhan Klang dekat sini pagi tadi.

    Janin itu ditemui pukul 10.30 pagi ketika polis berusia 22 tahun itu sedang bertugas di pos kawalan jeti berkenaan.

    Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, polis yang mendapat maklumat mengenai kejadian terus ke tempat kejadian untuk pemeriksaan.

    "Mayat janin itu dibawa naik bagi mengelakkan dihanyutkan oleh arus air laut.

    "Pemeriksaan awal mendapati ia merupakan janin perempuan yang cukup sifat berusia 6 bulan," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

    Jelas beliau, mayat janin terbabit telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.

    Kes kini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran bayi. - K! ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Polis bantuan jumpa janin perempuan "