• PM Selamat Tiba Di Tanah Air

    Published: Friday, 12 January 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selamat tiba di tanah air pagi ini selepas mengadakan lawatan kerja rasmi ke Arab Saudi.

    Lawatan kerja Perdana Menteri itu adalah atas jemputan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud bagi membincangkan isu-isu dua hala yang telah dipersetujui bersama semasa kunjungan baginda ke Malaysia tahun lalu.

    “Wah sejuk betul cuaca Malaysia hari ini, macam di Jeddah!. Alhamdulillah selamat sampai ke tanah air,” katanya dalam status terbaharu di Twitter rasmi beliau hari ini. – UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " PM Selamat Tiba Di Tanah Air "