• PM New Zealand Hamil Anak Pertama

    Reporter: Yusz Man
    Published: Friday, 19 January 2018
    A- A+

    WELLINGTON: Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern, hari ini mengumumkan beliau hamil anak pertama, yang dijangka dilahirkan Jun ini.

    Ardern berkata, Timbalan Perdana Menteri, Winston Peters, akan bertindak sebagai pemangku beliau selama enam minggu selepas kelahiran bayinya.

    "Peters dan saya mempunyai hubungan baik dan saya tahu kami boleh mengharungi tempoh itu.

    "Saya akan menyambung tugas Perdana Menteri selepas cuti berakhir," katanya dalam kenyataan menerusi e-mel.

    Pemimpin Parti Buruh berusia 37 tahun itu menjadi Perdana Menteri Oktober lalu, menamatkan penguasaan Parti Kebangsaan selama hampir sedekad. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " PM New Zealand Hamil Anak Pertama "