• PM beri jaminan kadar GST tidak dinaikkan

    Reporter: Yusz Man
    Published: Wednesday, 24 January 2018
    A- A+


    PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa kerajaan tidak bercadang menaikkan kadar cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang ditetapkan pada kadar enam peratus ketika ini.

    Najib memberitahu, kadar GST di Malaysia adalah antara yang terendah di dunia sejak diperkenalkan pada 1 April 2015 dan menjadi penyumbang utama dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara.

    "Walaupun dalam pembentangan Bajet 2018 lalu, saya umumkan jumlah GST yang dapat dikutip adalah sebanyak RM43.8 bilion pada tahun ini, tetapi mungkin kutipan ini boleh mencecah RM45 bilion.

    "Jumlah GST yang berjaya dipungut pada tahun lalu adalah sebanyak RM44 bilion berbanding RM41 bilion pada 2016," katanya ketika berucap sempena Sambutan Hari Kastam Sedunia Ke-36 Tahun 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini. - K! ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " PM beri jaminan kadar GST tidak dinaikkan "