• PKR Sarawak Akui PH Hanya Gunakan Tun M Untuk Tawan Putra Jaya

    Published: Friday, 12 January 2018
    A- A+

    PKR Sarawak mengakui Pakatan Harapan (PH) hanya menggunakan Tun Dr Mahathir Mohamad semata-mata untuk merampas kerajaan pusat daripada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

    Memetik laporan The Borneo Post, Naib Presiden Wanita PKR Kebangsaan Voon Shiak Ni berkata salah satu sebab Tun Dr Mahathir dicalonkan sebagai Perdana Menteri adalah kerana beliau mampu menembusi kerusi parlimen di semenanjung untuk PH.

    "Kami meletakkan beliau sebagai calon Perdana Menteri supaya PH dapat memenangi pilihanraya akan datang. Bantuan beliau amat diperlukan untuk PH menukar kerajaan ke tangan pembangkang," katanya.

    Beliau turut mengakui Dr Mahathir adalah satu-satunya peluang untuk memastikan perubahan dasar kerajaan selepas PRU14.

    "Saya percaya Dr Mahathir dapat menguasai 20 hingga 30 kerusi majoriti Melayu untuk pembangkang pada pilihanraya kelak," ujarnya - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " PKR Sarawak Akui PH Hanya Gunakan Tun M Untuk Tawan Putra Jaya "