• Pinggan Kayu Bawa Padah

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Monday, 8 January 2018
    A- A+

    SEBUAH premis di Birmingham didenda £50,000 kerana menghidangkan makanan menggunakan bekas kayu yang dianggap pihak berkuasa kesihatan sebagai tidak bersih.

    Ibrahim's Grill and Steak House di Acocks Green dikenakan tindakan itu selepas tidak menghiraukan teguran supaya memperbaiki kaedah menghidangkan makanan kepada pelanggan.

    Beberapa gambar yang diedarkan Majlis Perbandaran Birmingham menunjukkan beberapa bekas kayu digunakan di restoran itu ada bekas arang dan kesan merah jambu.

    Kali pertama premis itu dikunjungi pegawai Kesihatan Alam Sekitar adalah pada Oktober 2016 apabila 14 pelanggannya berdepan masalah keracunan makanan selepas menikmati hidangan di situ.

    Pihak berwajib menganggap pinggan kayu itu kelihatan tidak bersih kerana mungkin tidak dicuci dengan sebaiknya.

    Pada kunjungan kedua, Disember tahun sama pula didapati kaedah pengendalian makanan semakin baik, bagaimanapun bekas kayu itu masih diguna pakai untuk menghidangkan menu yang ditawarkan.

    Susulan itu, pada 4 Januari lalu, pemilik restoran itu didenda selepas kes berkenaan dihadapkan di Mahkamah Majistret Birmingham.- mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Pinggan Kayu Bawa Padah "