• PH Selesai Agih Kerusi Parlimen Di Sarawak

    Published: Thursday, 11 January 2018
    A- A+

    PETALING JAYA: Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pembahagian kerusi Parlimen di Sarawak sudah siap beberapa bulan selepas pilihan raya negeri (PRN) pada Mei 2016.

    Katanya, Pakatan Harapan (PH) belajar daripada pengalaman selepas mengalami kekalahan teruk di PRN Sarawak 2 tahun lalu dengan mengadakan rundingan lebih awal bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

    Beliau dipetik China Press berkata, PH akan mengadakan rundingan pengagihan kerusi untuk Sabah di Malaysia Timur pada 21 Januari ini.

    “Kami akan mengadakan rundingan dengan Parti Warisan Sabah bagi memastikan tiada pertindihan kerusi,” katanya selepas makan malam dengan media di Pulau Pinang, semalam.

    Ditanya sama ada beliau akan bertanding di Pulau Pinang pada PRU14, katanya, beliau belum membuat keputusan berhubung perkara itu.

    Mengenai jawatan timbalan ketua menteri, katanya, beliau tidak dapat menjawab soalan itu memandangkan belum memutuskan sama ada hendak bertanding pada PRU14.

    Saifuddin yang juga penasihat strategik kepada ketua menteri Pulau Pinang berkata, adalah normal tindakan PH memilih Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri mendapat kritikan sesetengah pihak.

    Katanya, PKR sudah mengarahkan pemimpinnya membuat penjelasan kepada akar umbi berhubung perkara itu.

    Beliau berkata, PPBM dan Dr Mahathir boleh menembusi kawasan felda untuk membantu PH menewaskan Barisan Nasional.

    “Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh melakukan reformasi, manakala Dr Mahathir pula berperanan sebagai penyelamat negara.”-FMT

    Subjects:

  • No Comment to " PH Selesai Agih Kerusi Parlimen Di Sarawak "