• PH Sarawak Sokong Mahathir Jadi PM?

    Published: Monday, 8 January 2018
    A- A+

    Kecoh pemimpin Pakatan Harapan berkaitan siapa bakal menjadi perdana menteri apabila menguasai Putrajaya selepas PRU14 nanti.

    Parti Keadilan (PKR) masih mahu mengekalkan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri ke tujuh.

    Parti Tindakan Demokratik (DAP) walaupun tidak heboh tetapi pada hakikatnya mereka mahukan Lim Kit Siang jadi Perdana Menteri.

    Namun akhir-akhir ini, nama Tun Mahathir pula melonjak naik. Setiap pentas ceramah Mahathir membayangkan Mahathir sekali lagi inginkan jawatan Perdana Menteri kembali sehingga pemimpin PH seakan bersetuju.

    Tetapi, bagaimana dengan pemimpin PH di Sarawak ?

    Adakah bersetuju untuk mengangkat Mahathir menjadi Perdana Menteri.

    Pemimpin PH Sarawak sememangnya tidak pernah menyukai Mahathir sejak dulu lagi.

    PKR Sarawak memang jelas inginkan Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri. Jika pemimpin PH pusat bersetuju memilih Mahathir maka ia adalah tindakan menidakkan suara Sarawak.

    DAP Sarawak walaupun pada hakikatnya pernah bersuara memilih Mahathir tetapi ia sekadar melepaskan kata-kata sahaja walhal DAP Sarawak masih mahu mengekalkan pilihan Lim Kit Siang sebagai perdana menteri.

    PH Sarawak memang mahu pilihan tersendiri dan bukan Mahathir sebagai perdana menteri. - A Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " PH Sarawak Sokong Mahathir Jadi PM? "