• PH Jangan Bermimpi Untuk Menang 10 Kerusi, kata Masing

    Published: Thursday, 4 January 2018
    A- A+

    Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing menempelak kenyataan Pengerusi DAP Sarawaj Chong Chieng Jien yang begitu yakin Pakatan Harapan mampu untuk memenangi 10 kerusi pada Pilihanraya Umum (PRU14) akan datang.

    Memetik laporan The Borneo Post, Masing berkata Pakatan Harapan tidak usah bermimpi untuk menangi 10 kerusi yang dimaksudkan.

    "Ya, PH boleh menang di Bandar Kuching dan mungkin di Stampin pada PRU14. Malah, walaupun di Bandar Kuching kekal milik Chong, beliau mungkin perlu mengorbankan kerusinya untuk calon lain yang mungkin dari parti komponen PH yang lain.

    Pada masa yang sama, Masing turut mencabar Chong untuk mendedahkan 10 kerusi yang dimaksudkan sedangkan ketika ini di pihak pembangkang cuma memegang enam kerusi iaitu Bandar Kuching, Stampin, Sarikei, Lanang, Sibu dan Miri.

    "Jadi dimana 10 kerusi yang beliau maksudkan?" tegas Masing.

    "Tidak ada gunanya Chong mengelirukan orang ramai dengan permainan meneka kerusi yang lain lagi,"

    Sementara itu, Chong mendakwa anggaran 10 kerusi cukup realistik untuk PH Sarawak bersama pakatan di Semenanjung bagi menawan Putrajaya.

    "Walaupun 10 kerusi mungkin kelihatan seperti angka kecil, sebenarnya ia memberi kepada peningkatan 66 peratus kepada kemenangan PH dimana ia digambarkan 'cukup bagus'," ujarnya - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " PH Jangan Bermimpi Untuk Menang 10 Kerusi, kata Masing "