• PH Bukan Parti Politik Harapan Sarawak?

    Published: Friday, 19 January 2018
    A- A+
    Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada parti politik seperti DAP, PKR, PAN dan PPBM memang ramai yang menyokong di Semenanjung Malaysia.

    Namun PH tidak akan mampu menguasai Putrajaya jika tidak melebar sayap ke Sarawak dan Sabah. Kedua negeri ini merupakan kubu yang sukar untuk PH tembusi kerana Barisan Nasional (BN) masih menjadi harapan rakyat.

    Untuk memecah dominasi BN di Sarawak, PH bertindak membangkitkan isu yang popular untuk meraih sokongan rakyat negeri ini.

    Apa yang dilihat isu yang di bawa oleh PH ternyata isu yang sudah, sedang BN lakukan. Memang jelas PH ketinggalan dari segi isu politik Sarawak walaupun Pengerusi DAP dan PKR Chong Chieng Jen dan Baru Bian bukan calang-calang ahli politik.

    Ini menyebabkan rakyat Sarawak tidak berkeyakinan terhadap PH yang lebih mementing isu Semenanjung yang bukan ada kaitan dengan negeri.

    Yang menyebabkan rakyat Sarawak tidak bergantung harap dengan PH ialah berlakunya perebutan kuasa dalam PH sendiri. Isu siapa yang nak jadi Perdana Menteri pun bukan selera rakyat untuk menyokong PH.

    Rakyat Sarawak bukan jenis yang mudah lupa kerana siapa yang menjadi pemimpin PH adalah individu yang pernah mengecewakan Sarawak dari aspek pembangunan dan tuntutan hak.

    Rak Sarawak juga tidak mahu pisang berbuah dua kali kerana perkara sama akan berulang jika menyokong PH untuk berkuasa di Putrajaya.

    BN sekarang bukan BN zaman Tun Mahathir kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib lebih ptihatin terhadap Sarawak. BN yang sebenarnya telah melakukan 'UBAH' pada ertikata sebenar kerana BN berjaya mengubah struktur pemerintahan diktator Mahathir kepada pemerintahan yang memberi kepentingan kepada rakyat.

    Jadi tidak ada harapan untuk Pakatan Harapan di Sarawak kerana PH bukanlah parti politik yang mampu merealisasikan harapan Sarawak. - A Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " PH Bukan Parti Politik Harapan Sarawak? "