• Peter Dibebaskan Tahanan Reman

    Published: Friday, 12 January 2018
    A- A+


    KOTA KINABALU - Mahkamah Majistret di sini hari ini membebaskan Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Peter Anthony, 47, dengan jaminan sebanyak RM55,000 tanpa deposit bersama seorang penjamin rakyat tempat.

    Perintah itu dikeluarkan Majistret Afiq Agoes terhadap ahli perniagaan itu selepas tamat tempoh reman hari ini dalam siasatan kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes pembelian tanah ladang kelapa sawit bernilai RM155 juta di daerah Tongod, di negeri ini.

    Peter ditahan reman sejak Isnin lalu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009 kerana didakwa menerima wang suapan dalam urusan pembelian tanah berkenaan. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Peter Dibebaskan Tahanan Reman "