• Pesta Udang Tiga Minggu, Peniaga Raih RM19,000 Sehari

    Published: Thursday, 11 January 2018
    A- A+

    DUNGUN : Seorang peniaga meraih pendapatan mencecah RM17,000 hingga RM19,000 sehari dengan menjual udang segar.

    Lambakan udang berlaku setahun sekali ketika musim tengkujuh berakhir memang “ditunggu-tunggu” peniaga dan nelayan, lapor Sinar Harian.

    Peniaga Pasar Besar Dungun, dikenali sebagai Peyek, 29 tahun, memborong 300 hingga 400 kilo udang daripada nelayan sebelum menjualnya semula.

    “Jika bulan lain saya untung RM300 sehari, tetapi sekarang berganda-ganda mencecah RM4,000 sehari selepas ditolak modal dari hasil jualan mencecah RM19,000,” katanya.

    “Pesta” lambakan udang termasuk udang harimau, udang kara, udang solo dan udang minyak dijangka berlaku sekitar tiga minggu sahaja.

    Peniaga lain Abdul Halim Abdullah, 56, berkata nelayan mampu membawa dua atau tiga tan udang pada musim tengkujuh.

    Katanya, sebuah bot boleh bawa pulang 100 hingga 150 kilogram udang sehari serta mendapat keuntungan luar biasa.

    “Udang harimau dijual sekitar RM90 hingga RM140 sekilo, kalau bulan lain harga lebih mahal. Tiga hari lepas udang minyak paling murah cecah RM10 sekilo, sedangkan bulan biasa sekitar RM40,” katanya.

    Pesta yang “menyeronokkan” peniaga dan nelayan berlaku setahun sekali. Harga melonjak kerana nelayan terpaksa berdepan risiko ombak besar. - MalayMail

    Subjects:

  • No Comment to " Pesta Udang Tiga Minggu, Peniaga Raih RM19,000 Sehari "