• Pesta Kaul Simbol Perpaduan Masyarakat Melanau

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Monday, 8 January 2018
    A- A+
    Foto FB Dato Sri Fatimah 
    MUKAH: Pesta Kaul merupakan satu perayaan yang melambangkan dan menunjukkan jati diri kepribadian masyarakat Melanau di Sarawak.

    Menurut Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Kanak-kanak Pembangunan Dato Sri Fatimah Abdullah, walaupun ada sedikit perbezaan di antara masyarakat Melanau, namun pesta berkenaan merupakan satu persamaan yang unik.

    Memetik laporan The Borneo Post, beliau menegaskan masyarakat Melanau mengekalkan Pesta Kaul sebagai simbol perpaduan mereka.

    “Sebut sahaja Pesta Kaul semua orang tahu itu adalah sambutan atau perayaan bagi orang Melanau di Sarawak,” katanya.

    Fatimah mengakui, walaupun terdapat perubahan daripada aspek sambutan yang dipengaruhi kepercayaan dan agama, matlamatnya tetap sama untuk mengumpul dan menyatukan semua orang.

    Sementara itu, mengenai kemudahan sambutan pesta tersebut, beliau berjanji akan menaik taraf kemudahan dari semasa ke semasa dan begitu juga dengan pembangunan di kawasan kampung.

    Beliau turut menyeru penduduk untuk bersatu dan memberikan kerjasama ke atas ketua masyarakat yang dilantik.

    Ini katanya, demi pembangunan di kawasan masing-masing dan juga ia adalah penting bagi pengantara antara masyarakat, pemimpin dan juga kerajaan. – Sarawakiana
  • No Comment to " Pesta Kaul Simbol Perpaduan Masyarakat Melanau "