• Pesawat Arab Saudi Terhempas

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Monday, 8 January 2018
    A- A+

    DUBAI: Pesawat perang tentera udara Arab Saudi dilaporkan terhempas dipercayai akibat masalah teknikal ketika terbabit dalam operasi ketenteraan menentang pemberontak Houthi di Yaman, semalam.

    Rangkaian televisyen pemberontak Houthi, al-Massirah sebelum ini melaporkan pasukannya berjaya menembak jatuh jet pejuang di wilayah Saada dan ia dipercayai jet Tornado buatan Britain.

    Arab Saudi dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita SPA berkata, kapal terbang itu terhempas di zon perang.

    Berikutan itu, katanya, tentera pakatan diketuai Arab Saudi sudah mengadakan satu operasi khas bagi menyelamatkan dua juruterbang yang terselamat dalam insiden itu. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Pesawat Arab Saudi Terhempas "