• Pesawat A350-900 Mula Ke Heathrow

    Published: Monday, 15 January 2018
    A- A+


    KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines hari ini memulakan perkhidmatan penerbangan sulung A350-900 dari Kuala Lumpur ke London, dengan majlis pelepasan berlangsung di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).

    MH4 berlepas dari KLIA pada jam 9.15 pagi dan dijadual tiba di Heathrow, London pada 3.25 petang hari ini waktu tempatan, kata syarikat penerbangan negara itu dalam satu kenyataan hari ini.

    Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Izham Ismail dan Ketua Pegawai Komersial, Arved von zur Muehlen, turut hadir di KLIA untuk mengucapkan selamat jalan kepada 255 penumpang MH4.

    Edisi terbaru kumpulan pesawat A350 Malaysia Airlines itu mempunyai kapasiti 286 tempat duduk, dengan empat tempat di kelas pertama, 35 di kelas perniagaan dan 247 di kelas ekonomi, yang menawarkan pengalaman hiburan dan ketersambungan dalam pesawat. - BERNAMA


    Subjects:

  • No Comment to " Pesawat A350-900 Mula Ke Heathrow "