• Persidangan Ketua Masyarakat Bumiputera Bakal Capai Definisi Tepat PMPG

    Published: Friday, 12 January 2018
    A- A+

    KUCHING: Persidangan Ketua Masyarakat Bumiputera pada 23 hingga 23 Januari nanti bakal memutuskan definisi Pemakai Menoa dan Pulau Galau.

    Memetik laporan Bernama, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas menjangkakan  definisi Pemakai Menoa dan Pulau Galau (PMPG) akan dapat dipersetuju pada peringkat persidangan tersebut

    “Ketua kaum Iban, Bidayuh, Orang Ulu, Melayu dan Melanau, semua akan memberi definisi mengikut kaum, kemudian kita akan duduk berbincang mencari definisi paling tepat dan dipersetujui untuk dikemukakan kepada kerajaan, katanya.

    Persidangan yang bakal dihadiri sekitar 400 orang ketua masyarakat Iban, Bidayuh, Orang Ulu, Melayu dan Melanau merupakan bukti komitmen kerajaan dalam usaha membentangkan rang undang-undang pindaan kanun tanah pada Persidangan Dewan Undamgan Negeri (DUN) Mei depan.

    “Ia merupakan langkah seterusnya untuk menyelesaikan masalah yang timbul akibat tiada definisi PMPG yang dipersetujui semua komuniti Bumiputera Sarawak,” katanya yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah.

    Tambah beliau, ketika ini kita perlu memuktamadkan perincian pindaan Kod Tanah Negeri dan pada masa sama, mencari definisi PMPG. - Sarawakiana
  • No Comment to " Persidangan Ketua Masyarakat Bumiputera Bakal Capai Definisi Tepat PMPG "