• Permainan Siber Jadi Industri Baharu Jana Pendapatan Negara

    Published: Monday, 15 January 2018
    A- A+


    KUALA LUMPUR - Permainan siber bakal menjadi satu industri baharu dalam negara, sekali gus merancakkan lagi ekonomi digital diperkenalkan tahun lalu.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kebanyakan remaja amat meminati permainan tersebut seiring peredaran teknologi, dengan jangkaan lebih banyak permainan siber dibuat pada masa akan datang.

    “Hari ini, orang muda minat cyber games, generasi saya tak faham kenapa anda sukainya.

    “Tetapi, kita bukanlah kerajaan yang menolak (permainan siber) kerana kita tidak faham hal ini. Sebaliknya, kita mahu tingkatkan ekonomi digital sambil mengiringi gaya hidup orang muda hari ini,” katanya pada pertandingan Malaysian Cyber Games 2018 (MCG18) edisi kedua di Pusat Dagangan Dunia Putra.

    Beliau juga tidak mahu permainan itu jadi bahan hiburan sahaja, sebaliknya harus dijadikan industri menjana pendapatan rakyat serta negara.

    Pada majlis itu, MCG18 diiktiraf Malaysia Book of Records sebagai penganjuran permainan video terbesar negara dengan sembilan permainan video dan 2,062 peserta. - Sinar Harian

    Subjects:

  • No Comment to " Permainan Siber Jadi Industri Baharu Jana Pendapatan Negara "