• Perlantikan TPM Sarawak, Sabah Akan Mudahkan Tuntutan Hak Dalam MA63

    Published: Thursday, 4 January 2018
    A- A+

    Perlantikan Timbalan Perdana Menteri di kalangan pemimpin bukan Umno dari Sarawak atau Sabah akan meningkatkan persefahaman rakyat seluruh Malaysia mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

    Ini kerana masih ramai penduduk di Semenanjung Malaysia tidak mengetahui secara terperinci atau menyedari mengenai perjanjian tersebut dan mungkin menganggap Sarawak hanya 'mengemis' untuk mendapatkan hak.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang berkata, ia merupakan idea penting kerana jika dilaksanakan akan memjadi langkah terbaik untuk mendapatkan autonomi bagi Sarawak di bawah MA63.

    "Saya menyokong penuh perkara ini kerana selari dengan usaha mendapatkan balik hak autonomi bagi Sarawak yang termaktub dalam MA63," katanya seperti yang dilaporkan The Borneo Post.

    Beliau juga percaya pertambahan jawatan TPM akan menjadi tarikan untuk membolehkan Sarawak mendapatkan hak.

    Sementara itu, Lo tetap berpuas hati dengan rundingan dan pencapaian MA63 kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bijak mengendalikan perkara itu.-Sarawakiana




    Subjects:

  • No Comment to " Perlantikan TPM Sarawak, Sabah Akan Mudahkan Tuntutan Hak Dalam MA63 "