• Perbicaraan Kim Jong Nam Bersambung Semula Selepas 7 Minggu Ditangguhkan

    Published: Monday, 22 January 2018
    A- A+


    SHAH ALAM - Perbicaraan pembunuhan pemimpin buangan Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam disambung semula hari ini di Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas ditangguhkan selama tujuh minggu iaitu pada 30 November lalu.

    Kedua-dua tertuduh iaitu warga Indonesia, Siti Aisyah, 25, dan warga Vietnam, Doan Thi Huong, 28, tiba dengan kenderaan polis jenis Proton Preve di perkarangan mahkamah kira-kira pukul 8.20 pagi dengan memakai baju kalis peluru.


    Mengikut pertuduhan, Siti Aishah dan Thi Huong didakwa bersama-sama empat lagi individu yang masih bebas membunuh Jong-nam di Balai Berlepas KLIA 2, kira-kira pukul 9 pagi, 13 Februari lalu.

    Pertuduhan ke atas wanita warga asing itu dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

    Pendakwaan diketuai Pengarah Pendakwaan Negeri Selangor, Muhamad Iskandar Ahmad manakala Siti Aisyah diwakili lima peguam yang diketuai Gooi Soon Seng manakala Thi Huong diwakili tiga peguam yang diketuai Hisyam Teh Poh Teik.

    Perbicaraan dilakukan di hadapan Hakim Datuk Azmi Ariffin dengan seramai 26 saksi pendakwaan telah dipanggil sebelum ini. - K! ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Perbicaraan Kim Jong Nam Bersambung Semula Selepas 7 Minggu Ditangguhkan "