• Perbalahan SUPP - UPP Jejaskan Keberadaan Wakil Rakyat Cina Di Parlimen

    Published: Wednesday, 31 January 2018
    A- A+

    Penganalisis Politik dan Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Prof Madya Dr Jeniri Amir menyifatkan implikasi perbalahan antara Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Bersatu (UPP) sedikit sebanyak akan menjejaskan keberadaan wakil rakyat Cina Sarawak di dalam kabinet persekutuan.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Jeniri menjelaskan perkara tersebut dapat dilihat pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu dimana tiada seorang wakil rakyat BN mewakili masyarakat Cina Sarawak di parlimen.

    Ini berikutan tujuh kerusi yang diperuntukkan kepada SUPP pada PRU lepas telah kalah enam kerusi bandar majoriti Cina kepada pembangkang dan hanya menang di satu kerusi majoriti Bidayuh iaitu Serian.

    Justeru, Jeniri menasihati kedua-dua parti agar kemelut di antara mereka harus diselesaikan dengan segera demi kebaikan masyarakat Cina keseluruhannya.

    "Penyelesaian jangka panjang dan segera harus diambil dalam isu perbalahan SUPP dan UPP. Perbincangan kedua-dua pihak perlu dilakukan di sebalik tabir, bukannya melalui media," katanya. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Perbalahan SUPP - UPP Jejaskan Keberadaan Wakil Rakyat Cina Di Parlimen "