• Perancah Runtuh, Lelaki Indonesia Cedera

    Published: Wednesday, 10 January 2018
    A- A+

    Pekerja binaan warga Indonesia cedera selepas perancah pada bangunan dalam pembinaan berhampiran Kilometer 23 Lebuhraya Grand Saga, Kajang, runtuh kira-kira jam 5 petang, semalam.

    Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba Penyelamat Selangor Alimaddia Bukri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.28 petang.

    “Seramai 12 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang dikerahkan ke lokasi kejadian.

    “Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami mendapati perancah pada tingkat dua bangunan terbabit runtuh dan menyebabkan mangsa, Gunawan, 34, cedera, manakala tujuh lagi pekerja binaan sempat menyelamatkandiri,” katanya.

    Katanya, mangsa dihantar ke Hospital Kajang untuk dirawat.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Perancah Runtuh, Lelaki Indonesia Cedera "