• Penyiasat Indonesia Cari Bukti

    Published: Tuesday, 16 January 2018
    A- A+

    JAKARTA: Pasukan penyiasat Indonesia menggeledah timbunan serpihan di kompleks Bursa Saham di sini, sambil mencari bukti punca runtuh laluan pejalan kaki yang menyebabkan ramai cedera termasuk pelajar.

    Dalam kejadian pagi semalam, lantai mezanin menara bangunan menempatkan Bursa Saham Indonesia runtuh mencederakan 75 orang.

    Jurucakap polis kebangsaan, Setyo Wasisto, berkata pasukan penyiasatan berharap dapat mengumpul bukti penting sekurang-kurangnya hingga lewat petang, walaupun hasil siasatan akan mengambil masa selama beberapa minggu.

    Pegawai menjelaskan kejadian itu adalah kemalangan dan bukannya disebabkan letupan. Menara itu pernah dibom oleh militan Daesh, pada 2000.

    "Jika siasatan berakhir hari ini, semua akan dibersihkan dan lokasi boleh dibuka semula.

    Ada antara penyewa agak bimbang walaupun pihak pengurusan bangunan berkata ia selamat. Mereka juga akan memeriksa lantai mezanin yang lain hari ini," kata Wasisto

    Wasisto berkata, kebanyakan mereka yang cedera, patah tulang dan tiada mangsa yang meninggal dunia. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Penyiasat Indonesia Cari Bukti "