• Penyiasat Cari Bukti Lantai Runtuh

    Published: Wednesday, 17 January 2018
    A- A+

    JAKARTA: Pasukan penyiasat menggeledah timbunan serpihan di kompleks Bursa Saham di sini, sambil mencari bukti punca runtuh laluan pejalan kaki yang menyebabkan ramai cedera termasuk pelajar.

    Dalam kejadian pada tengah hari kelmarin, 75 cedera selepas lantai mezanin di menara bangunan menempatkan Bursa Saham Indonesia runtuh.

    Jurucakap polis kebangsaan, Setyo Wasisto berkata, pasukan penyiasatan berharap dapat mengumpul bukti penting sekurang-kurangnya hingga lewat petang, walaupun hasil siasatan mengambil masa selama beberapa minggu.

    Pegawai menjelaskan kejadian itu adalah kemalangan dan bukannya disebabkan letupan.

    Menara itu pernah dibom oleh kumpulan militan pada 2000.

    “Jika siasatan berakhir hari ini (semalam), semua akan dibersihkan dan lokasi boleh dibuka semula.

    “Ada antara penyewa agak bimbang walaupun pihak pengurusan bangunan berkata ia selamat.

    “Mereka juga akan memeriksa lantai mezanin yang lain hari ini,” jelas Wasisto.

    Wasisto berkata, kebanyakan mereka yang cedera dalam kejadian itu mengalami patah tulang dan tiada mangsa yang meninggal dunia.

    - Agensi/HM

    Subjects:

  • No Comment to " Penyiasat Cari Bukti Lantai Runtuh "