• Penyanyi Rap Jerman Sertai Daesh Maut

    Published: Tuesday, 23 January 2018
    A- A+

    Penyanyi rap Jerman, Deso Dogg atau nama sebenarnya Denis Cuspert yang menjadi penyembelih manusia bagi pihak Daesh, telah dilaporkan terbunuh dalam satu serangan udara di Syria minggu lepas.

    Denis pernah dilaporkan terbunuh tiga tahun lalu namun berita tersebut kemudiannya disahkan sebagai palsu. Namun kali ini kematiannya berhampiran Deir Ezzor telah disahkan oleh pihak berkuasa.

    Dia maut dalam serangan udara di kawasan itu pada Rabu lalu. Gambar mayatnya yang dipenuhi darah juga telah diterbitkan oleh kumpulan pro Daesh iaitu Yayasan Media Wafa.

    Denis menyertai kumpulan militan itu pada 2014 selepas meninggalkan rumahnya untuk menjadi penyebar propaganda kumpulan Daesh.

    Ia menyebabkan kerajaan Jerman mengisytiharkan Denis sebagai tokoh utama dalam peringkat tertinggi pengurusan kumpulan itu.

    Dia juga dipercayai telah menerbitkan video ngeri yang memperlihatkan tebusan British dan Amerika Syarikat dipenggal kepala oleh kumpulan itu.

    Penyanyi rap ini yang dikenali dengan nama Abu Talha al-Almani dalam kumpulan Daesh dikatakan memainkan peranan utama untuk memperdayakan beratus-ratus remaja Jerman untuk menyertai kumpulan militant tersebut dengan menjanjikan kononnya syurga sekiranya mereka mati dalam pertempuran.

    Denis dilahirkan di Berlin pada October 1975. Ibunya adalah rakyat Jerman manakala bapanya pula berasal dari Ghana.

    Bapanya meninggalkannya ketika dia masih bayi dan Denis sering bertengkar dengan bapa tirinya yang merupakan bekas tentera Amerika Syarikat.

    Pada 2014, penterjemah FBI, Daniela Greene telah berkahwin dengan Denis selepas berbohong mengenai penglibatan suaminya. Dia juga memberi maklumat kepada Denis bahawa lelaki itu dalam siasatan. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Penyanyi Rap Jerman Sertai Daesh Maut "