• Penyamun 'Lone Ranger' Tumpas

    Published: Thursday, 18 January 2018
    A- A+


    LELAKI ditahan tidak sampai 24 jam melakukan samun di sebuah stesen minyak di Jalan Sungai Jati, Klang petang semalam.

    Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, penjenayah itu ditahan jam 1 tengah hari semalam di sebuah rumah di Taman Mulia Off Sungai Jati, Klang.

    "Suspek yang berusia 22 tahun melakukan samun berseorangan di sebuah stesen minyak di Jalan Sungai Jati jam 10.30 malam kelmarin.

    "Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) suspek meluru ke kaunter dan mengacukan parang ke arah pekerja di stesen minyak itu.

    "Suspek mengambil wang tunaiRM800 dari kaunter sebelum melarikan diri dengan sebuah motosikal," katanya malam tadi.

    Menurutnya, susulan itu pihaknya melakukan siasatan melalui CCTV selain maklumat daripada orang awam.

    "Kita kemudian melakukan serbuan di sebuah rumah di Taman Mulia Off Sungai Jati, Klang jam 1 tengah hari tadi (semalam).

    "Hasil serbuan kita merampas topi keledar merah dengan tulisan MS88, selipar, baju, anak kunci, motosikal Yamaha 135LC serta sebilah parang panjang berhulu kayu yang digunakan ketika melakukan jenayah itu.

    "Suspek juga turut mengaku terbabit dalam tiga kes samun di stesen minyak sama pada 8 dan 12 Disember lalu," katanya.

    Menurutnya, siasatan lanjut mendapati lelaki itu positif dadah jenis syabu.

    Shamsul Amar berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.-hmetro

    Subjects:

  • No Comment to " Penyamun 'Lone Ranger' Tumpas "