• Penunggang Motosikal Cedera Dilanggar Kereta

    Reporter: Admin
    Published: Friday, 26 January 2018
    A- A+
    KUCHING: Seorang wanita mengalami kecederaan setelah terlibat dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Batu 3 di sini pagi tadi.

    Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, seorang wanita berusia 22 tahun mengalami kecederaan apabila motorsikal yang ditunggangnya dipercayai dilanggar sebuah kereta dari arah belakang.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihak Bomba telah memberi rawatan awal kepada mangsa dan seterusnya membawa mangsa ke Hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

    Menurut beliau, pihaknya menerima panggilan kecemasan ketika pasukan EMRS dari Balai Bomba Batu Lintang sedang menguji kenderaan jentera EMRS.

    Katanya, sejurus menerima panggilan itu, pihak PBB Batu Lintang telah menggerakkan aset dan anggota ke lokasi kejadian.

    “Panggilan kecemasan dibuat seorang pegawai dari BBP Petrajaya yang ketika itu dalam perjalanan pulang kerja shif malam melaporkan terdapat kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta melanggar belakang sebuah motosikal,” katanya. – Sarawakiana

  • No Comment to " Penunggang Motosikal Cedera Dilanggar Kereta "